Powered By Blogger

Monday, October 22, 2012

SAHAM UNIT AMANAH(UNIT TRUST)

Bagaimana anda mengira keuntungan?

Dana unit amanah akan membuat wang dari dua aspek:
1.by dividen pendapatan (daripada stok) atau kepentingan (daripada tunai / bon) dan
Jualan pelaburan (distribution)

2.by (stok) yang telah meningkat dalam harga dan kematangan bon.(capital gain)



Pengagihan dana atau pembayaran keuntungan kepada anda dan pelabur lain mengikut dasar pengagihan dana diisytiharkan. Dasar Sesetengah dana untuk membayar pendapatan tahunan, beberapa akan membayar setengah tahun. Beberapa dana menentukan bahawa ia tidak berniat untuk membayar keuntungan tetapi biarlah keuntungan terkumpul dalam NAV.



Pembayaran dilakukan, biasanya dijalankan dalam dua cara:
Cara 1.by pengagihan pendapatan. Apabila pengagihan pendapatan dibuat, anda akan menerima wang daripada dana. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk wang ini diedarkan kepada dilaburkan semula bagi unit-unit yang lebih. Berikutan pengagihan pendapatan, NAB dana berkurangan.
Cara 2.by unit berpecah. Jumlah pelabur unit dalam kenaikan dana tetapi jumlah NAB tetap sama.



Sebagai pelabur unit amanah, anda telah membuat keuntungan JIKA PENEBUSAN iaitu nilai nombor anda jumlah unit NAV X adalah lebih tinggi daripada jumlah Pelaburan Permulaan anda.

untuk penerangan lanjut dan nasihat percuma talipon/sms 0197450580 saya sedia membantu anda dengan sebarang pertanyaan..
Jika soalan anda begini...anda saya boleh menjadi jutawan dengan melabur di dalam unit amanah ini?  jawapannya YA!!!!
Jadi kalau nak tau..call/sms 0197450580

Monday, August 6, 2012




Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.....ingat tu...jadi..belilah emas...kumpul..insyallah tidak rugi mempunyai emas ...

Sunday, January 1, 2012

motivation - anthony robbin


MAKLUMAT MENGENAI URUS NIAGA UNIT AMANAH

Urus Niaga Unit 


Unit boleh dibeli atau dijual setiap hari pada sebarang hari urus niaga.*
Syarikat Unit Amanah yang akan bertanggungjawab membeli dan menjual unit kepada pemegang unit pada hari Urus Niaga. Ini memastikan bahawa pasaran  untuk unit sentiasa wujud.

Terdapat Satu harga untuk belian dan jualan unit dana iaitu pada NAB seunit dana masing-masing . Apabila pelabur membeli unit dana , caj perkhidmatan sehingga 5.5% daripada NAB seunit akan dikenakan untuk dana ekuiti dan seimbang, manakala caj perkhidmatan sehingga 0.24% daripada NAB seunit dikenakan ke atas  dana bon dan pasaran wang .

Bagi pelabur yang melabur di bawah  Skim Pelaburan Ahli KWSP, cap perkhidmatan sehingga 3% daripada NAB seunit akan dikenakan untuk dana ekuiti dan seimbang (seperti yang dikawal oleh KWSP).

Pengurus boleh boleh, mengikut budi bicaranya, mengenakan caj perkhidmatan yang lebih rendah berdasarkan saiz pelaburan dan/atau kriteris lain yang akan ditentukan dari semasa ke semasa .  Pengurus tidak mengenakan caj belian balik ke atas jualan unit dana oleh pelabur. (Sila rujuk halaman 139 dan 140 untuk gambaran belian dan penebusan unit oleh pelabur ).

Harga unit dana diterbitkan setiap hari di bawah Bahagian Amanah Saham di dalam surat khabar utama.**

NOTA : Pengurus boleh mengistiharkan Hari Urus Niaga tertentu sebagai bukan Hari Urus Niaga, walaupun Bursa Securities dibuka untuk perniagaan, jika pasaran asing di mana dana membuat pelaburan ditutup. Ini adalah untuk memastikan bahawa pelabur akan mendapat penilaian berpatutan dana pada setiap masa, sama ada semasa membeli atau menjual unit dana. Notis akan diberikan di dalam setiap website syarikat unit amanah. 




Pelaburan Permulaan minimum  -  RM1000.00

Pelaburan tambahan                   -  RM100.00

Friday, December 30, 2011

Salam

Hari ni tak berkarya langsung. Tak tau kenapa terasa letih sangat. Mungkin tak cukup tidur semalam. Takpe sekejap lagi sambung berkarya. Ada banyak ilham dalam kotak fikiran ini yang hendak ditulis. Tunggu ye production-production house...akan saya hantar...tapi jangan push, penulis - penulis ni bukan boleh kalau di push...naik minyak nanti takde mood ....emmm...atau saya sahaja yang begitu..anyway...doakan saya boleh menambahkan  ilham dengan bernas dan boleh memotivasikan ramai golongan...Saya berharap dan berdoa  agar apa yang saya tulis boleh memberikan ilham kepada ramai orang  agar sejajar dengan peningkatan kehidupan masing-masing ..insyallah..amin...saya berhenti dulu di sini .. untuk sembahyang maghrib..dadaaddaaa...kita sambung kemudian ...

Thursday, December 29, 2011

Good nite...no..no good morning ..jam sekarang dah 3.10pagi

Now dah settle menulis proposal skrip yang akan dihantar kepada Nur Effendy production untuk tv al hijrah. Dah sampai jam 3pagi..semua dalam rumah dah tidur..tinggal saya keseorangan bersama laptop tercinta..
Harap-harap sangat proposal skrip ini diterima stesen tv al hijrah...Tapi saya kena ingat kata- kata bapak sasterawan negara A.Samad Said , nak jadi penulis yang berjaya ,  kena rajin dan jangan mudah berputus asa..
Insyallah , kata Pak A. Samad Said itu saya akan semat di dalam hati supaya menjadi motivasi saya untuk terus berkarya disamping menjadi seorang perancang kewangan Syariah yang berjaya..
Menulis ? tidak boleh tinggal...dah jadi darah daging..
Sesekali singgah di facebook saya ye..fauziah mahfodz..add saya..insyallah kita can be a friend..
Good nite!!

saja-saja


Salam membebel,
Dek kerana tak kuasa nak mendengar ada artis yang berkata tidak mahu memperkenalkan atau mengistiharkan siapa suaminya yang juga VVIP, saya merasa meluat pula. Lagi- lagi  bila artis itu cakap sebab berbuat demikian, ialah demi menjaga hati orang lain. Maksudnya tu, konon, demi menjaga hati isteri pertama la.
His ! tak kuasa nak dengar ayat ‘demi menjaga hati’..susunan  ayat memang cun. Nampak yang berkata dan mengeluarkan ayat itu  seorang yang sangat  baik, kan…tapi cuba kita fikir semula…betul ke awak tu ikhlas..
Kalaulah betul –betul si artis yang berkata itu ikhlas , dia tidak akan sanggup mengahwini suami orang pun..ringkas…kita cuba bayangkan hati isteri pertama yang terluka itu..tentu kesian ..kan..