Powered By Blogger

Thursday, December 29, 2011

saja-saja


Salam membebel,
Dek kerana tak kuasa nak mendengar ada artis yang berkata tidak mahu memperkenalkan atau mengistiharkan siapa suaminya yang juga VVIP, saya merasa meluat pula. Lagi- lagi  bila artis itu cakap sebab berbuat demikian, ialah demi menjaga hati orang lain. Maksudnya tu, konon, demi menjaga hati isteri pertama la.
His ! tak kuasa nak dengar ayat ‘demi menjaga hati’..susunan  ayat memang cun. Nampak yang berkata dan mengeluarkan ayat itu  seorang yang sangat  baik, kan…tapi cuba kita fikir semula…betul ke awak tu ikhlas..
Kalaulah betul –betul si artis yang berkata itu ikhlas , dia tidak akan sanggup mengahwini suami orang pun..ringkas…kita cuba bayangkan hati isteri pertama yang terluka itu..tentu kesian ..kan..

No comments:

Post a Comment